Monday, August 18, 2008

UUCA - Constitutionality

The Act to amend the University and University Collges Act 1971 will be tabled either at the end of this week or early next week for debate in Parliament. I will leading the team from DAP to debate on this act. Each of us will probably get approximately 20 minutes to debate the issue, maybe less depending on total time allocated to debate the bill.

Our key objective is to have the bill postponed or referred to a special select committee for consideration and fine-tuning before it gets passed in parliament. While the best outcome will be the abolishment of the bill in its existing form altogether, that's probably too much to ask in a parliament which the opposition do not have anywhere near majority control.

I'll be posting my work-in-progress speeches up here first, part by part. Yes, it's in Bahasa Malaysia (Malay). There are really a lot of points to add, but it's useful to be concise as there just wouldn't be sufficient time to say everything we'd like to say. I'd also not be covering every issue as some of the points will be raised by my other colleagues in Parliament.

The first point (out of about 6) I'd like to make in the speech is the fact that many parts of the Act actually possess clauses which are actually unconstitutional i.e., they conflict with our Federal Constitution. (Oh, and corrections to grammar and language are welcome)

Pertama sekali, banyak antara seksyen-seksyen dalam Akta AUKU adalah dengan secara langsung, bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia. Jika pindaan ini diluluskan dalam Dewan ini, ia akan merupakan satu tanda hitam “black mark” dan menjadi satu bahan jenaka “laughing stock” seluruh dunia.

Perlembagaan kita melalui Artikel 10 (1a) dan (1b) mempertahankan hak kebebasan “speech and expression” dan juga hak berhimpun secara aman tanpa senjata untuk rakyat Malaysia kecuali dalam isu spesifik seperti bahasa kebangsaan dan kedaulatan raja-raja Melayu.

Akan tetapi, mengikut Seksyen 15(6), seorang pelajar hanya boleh “membuat penyataan mengenai sesuatu perkara akademik yang berhubungan dengan perkara yang pelajar itu terlibat dalam pengajian.” Malah, kebenaran tersebut hanya sah untuk penyataan “pada sesuatu seminar atau simposium seumpamanya yang tidak dianjurkan atau ditaja oleh mana-mana parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia”, dan juga “mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Menteri”.

Artikel 8 juga menjamin bahawa dengan izin, “All persons are equal before the law and entitled to equal protection of the law”. Hak sebuah badan pendidikan, akademik dan juga pelajar tidak dikecualikan daripada artikel tersebut.

Oleh itu, mengapa pelajar kita menghadapi hak yang terhad berbanding dengan rakyat yang bukan pelajar, khususnya dari segi speech dan perhimpunan? Dan mengapa pelajar Malaysia dalam negeri dipinggirkan berbanding dengan pelajar Malaysia di luar negeri, yang mempunyai hak yang penuh, termasuk mencampuri kelab politik UMNO, MCA dan lain-lain?

Apa gunanya Dewan ini meluluskan satu Akta yang nyata sekali bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia yang patut dipertahankan oleh setiap ahli parlimen? Adakah ahli parlimen Barisan Nasional sanggup menutup satu mata dan meluluskan satu Akta Undang-Undang yang salah dari segi perlembagaan?

No comments:

Post a Comment