Tuesday, August 19, 2008

UUCA - Unenforceable

The second point with regards to my speech on the amendments to the University and University Colleges Act has to do with their enforceability. There's really no point putting up laws which are impossible to enforce or are meaningless in nature. Unless of course, the laws are meant to be used selectively to prosecute only those who goes againts the wishes of the vested interest parties.

Tuan Yang Di-Pertua, apabila undang-undang diluluskan, ianya mestilah berfungsi penguatkuasaan, ataupun dengan izin, “enforceable”. Apabila sesebuah undang-undang dicairkan “watered down” sehingga tidak berfungsi penguatkuasaan, ianya menjadi satu undang-undang yang tidak berguna dan tidak bermakna, “useless and meaningless”. Akta pindaan yang tengah kita berbahas ini mempunyai beberapa seksyen sebegitu.

(a)Search Committee

Saya amat mengalu-alukan penubuhan sebuah jawatankuasa pemilihan dan penilaian untuk memilih seseorang naib-canselor, akan tetapi provisi di bawah pindaan Akta ini amat mengecewakan.

Untuk menaiktarafkan mutu institusi pengajian tinggi di Malaysia, peranan seseorang naib-canselor adalah penting sekali. Hanya dengan naib-canselor yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang dan juga pengurusan yang cekap, sebuah universiti dapat dipimpin ke arah cemerlang.

Kita tidak memerlukan seorang naib-canselor yang berkriteria “ahli UMNO seumur hidup” dan penerbitan akademiknya terhad kepada “Gaya Hidup Remaja Masa Kini” dalam majalah yang diterbit universitinya sendiri. Ataupun seorang naib-canselor yang sumbangannya memberikan taklimat "Gerakan Anti Kerajaan Pelajar-Pelajar di Kampus - Pengalaman UiTM" kepada ketua bahagian UMNO seMalaysia.

Dalam setiap universiti terkemuka di dunia, jawatankuasa ini adalah di lantik oleh Lembaga universiti dan permohonan diterima daripada sesiapa yang berminat. Segala usaha ditumpukan untuk menarik calon yang terunggul sekali dari segi akademik dan pengurusan untuk memimpin universiti tersebut. Jawatankuasa juga perlu memilih calon mengikut kriteria-kriteria yang tertentu seperti jumlah penerbitan dalam jurnal terkemuka antarabangsa dan lain-lain.

Akan tetapi pindaan Akta ini, jawatankuasa khas ini hanya mempunyai hak “menasihati” Menteri mengenai perlantikan. Apatah lagi, Menteri hanya diperlukan melantik jawatankuasa ini dari “semasa ke semasa” dan ianya bukan satu jawatankuasa tetap.

Apakah gunanya satu pindaan yang langsung tidak berfungsi dan tidak berlainan dengan keadaan sekarang? Menteri pun boleh melantik satu jawatankuasa
tanpa pindaan jika dikehendaki, dan kuasa jawatankuasa ini hanya terhad kepada “nasihat” sahaja iaitu Menteri tidak perlu menerima keputusan jawatankuasa.

Pada masa yang sama, isu pengahlian, skop dan juga ruang lingkup “terms of reference” jawatankuasa ini juga langsung tidak dikemukakan. Apakah gunanya satu jawatankuasa di mana bidang tugasnya tidak spesifik dan kriteria pengahlian yang tinggi dan telus?

Pindaan ini langsung tidak berfungsi penguatkuasaan dari segi undang-undang dan ianya hanya satu kegiatan perhubungan awam ataupun dengan izin, public relations exercise sahaja yang tidak bermakna.

(b)Definition of students

Takrif 'pelajar' yang dipinda untuk termasuk pelajar lepas ijazah “post grad”, lepas kedoktoran “postdoctoral”, pelajar sambilan, jarak jauh, penukaran dan tidak berijazah adalah langsung tidak praktikal.

Undang-undang yang tidak dapat diperkuatkuasakan adalah undang-undang yang tidak berguna, kecuali kerajaan berniat untuk menggunakan undang-undang ini untuk menjalankan “dakwaan terpilih” ataupun “selective prosecution”.

Adakah kementerian akan memerlukan ke semua borang permohonan masuk universiti mengisytiharkan bahawa mereka adalah ahli parti UMNO, MCA ataupun PAS?

Takrif 'pelajar' ini menghinakan rakyat Malaysia dewasa yang berfikiran matang di mana hak perlembagaan mereka digantung. Ianya juga merupakan satu faktor negatif untuk menarik lebih ramai rakyat untuk melanjutkan pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi Malaysia.

Once again, feel free to help me edit my language errors. ;-)

No comments:

Post a Comment